Popular Posts

Friday, December 9, 2011

Mujahid Islam yang ku nantikan



                                               To:mujahidislam@yahoo.com
                                               From:mawaddatulsyifa@ymail.com
                                               Subject:Luahan unntukmu duhai ADAM..


  Kepada diri yang jauh di fikiran,maafkan aku pintaku terdahulu kerana mencuri waktumu.Hawa bukanlah yang terbaik untuk ADAM,kerana Hawa hanyalah terbaik untuk yang telah tercatat  di LUH MAHFUZ.Tiada siapa yang mampu meramal masa depan.Manusia hanya merancang,hanya Tuhan yang menentukan segalanya.Takdir yang tertulis,pasti ada hikmahNYA.Hawa tidak mampu untuk menjadi wanita solehah.Sekurang-kurangnya,Hawa punyai usaha ke arah itu.Dan Hawa tahu Ya Rabbul Izzati sentiasa mendengar luahan hati hambaNYA.Hawa cuma mengharapkan seseorang lelaki yang juga ke arah itu.Bukan lelaki yang sebaik Nabi Muhammad S.A.W. kerana ku tahu siapa Hawa ini.Hawa yakin..."LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK".Hawa mengharpkan lelaki yang bisa membimbing Hawa menuju ke FIRDAUSI.Yang sentiasa mahu mengembangkan dakwah ISLAM.Hawa mengimpikan untuk menjadi sebaik-baik PERHIASAN DUNIA,WANITA SOLEHAH.Kerana wanita solehah itu adalah lebih baik daripada bidadari  syurga yang telah ALLAH janjikan.Semoga apa yang ku harapkan menjadi kenyataan.Namun,Adam...maafkanlah..sudahlah..hentikanlah dari mengganggu kehidupan Hawa.Hawa perlukan kehidupan yang bahagia sebagai remaja bersama-sama sahabat sejantina Hawa.Adam,janganlah kau turuti hawa nafsumu itu.Jiwa Hawa sangat lemah,sekali dirayu,Hawa terlonglai di bawah bicara asmara kata-kata pujanggamu duhai Adam.Adam..bukan nota cinta yang ku damba,namun,nota-nota dakwah islamiah agar bangkit Agama Islam ini.Aku inginkan pemuda seperti SULTAN MAHMUD AL-FATEH.Adam,jadilah pembuka fitrah Islam pada era yang sedang maju ini yang juga penuh  dengan pancaroba duniawi.Hawa mengharapkan Adam memahami luahan hati ini.Rendahkanlah sedikit egomu yang tinggi itu.Tidak banyak yang ku pinta.Hanya secebis keprihatinanmu terhadap Hawa.Hawa sentiasa lemah dalam melawan nafsuku.Kerana itulah,perlunya Adam untuk meluruskan Hawa kerana Hawa terjadi daripada tulug rusuk Adam yang bengkok.Terlalu banyak yang ku luahkan.Terlalu banyak rungutan Hawa pada lelaki.Namun  100% kesalahan bukan ku sandarkan untukmu duhai ADAM.Mungkin ada kekhilafan Hawa tanpa disedari.Namun Hawa ingin mengatakan padamu Adam,Hawa manusia yang hina dan Hawa mengharapkan ynag terbaik untuk Hawa.Persis Adam yang tidak mampu hidup tanpa Hawa,ibarat Zulaikha dan Yusuf.Hawa sedar akan kewujudanmu Adam.Tapi Hawa tak ingin bertemu.Biarlah harapan yang kusandarkan hanyalah keyakinanku terhadap AGAMAMU DAN KEPRIBADIANMU YANG INDAH.Hawa mengharapkan ADAM yang bisa mendidik.Bukan cinta atau couple yang ku mahu.Maafkanlah,jika Hawa terlalu menyalahi Adam.Namun,di sebalik ketenangan yang Hawa lampirkan,terbit sekelumit perasaan yang resah dan gelisah apabila terima ayat-ayat cinta darimu Adam.Hawa takut sekali jika Adam melafazkan bahawa diriku ini sering Adam ingat.Cukuplah Adam.Berhentilah dari mengejar diri ini.Bukan ini yang Hawa harapkan.Hawa mendambakan segarnya TELAGA KAUTHAR di syurga,bukannya pedih BUAH ZAQUM di neraka.Adam..pemilik hatiku ini hanya ALLAH S.W.T.Jiwa Hawa terlalu hina untuk penciptaku,namun,aku cuba membersihkan jiwa ini dengan bait-bait ZIKRULLAH.Ingin sekali Hawa lupakan seseorang Adam yang telah membuatkan jiwa Hawa hanyut dalam gelombang nafsu duniawi.Hawa ingin dibimbing oleh seorang lelaki yang sering meningati YA RABB.Jika Hawa boleh melupakan,kenapa tidak bagi ADAM???????Rendahkanlah nafsumu dengan berpuasa.InsyaALLAH..Sesungguhnya jika kita  meninggal pada waktu kita sedang menantikan seseorang itu,dikira syahid di jalan ALLAH.Mungkin di AKHIRAT nanti,kita akan berjumpa juga.   Doa yang sering meniti di bibirku satu yang ku pohon,

    "Ya ALLAH,jika aku jatuh cinta,biarlah cinta ini kudus terpelihara buat insan yang mencintaiMU,agar bertambah kekuatan untuk aku mencintaiMU.Jika aku jatuh hati,biarlah dengan insan yang sentiasa menghidupkan malamnya dengan bermunajat kepadaMU.Jika Kau mentakdirkan rindu,campakkanlah rindu ini ke hati orang yang merindui SYAHID DI JALANMU,agar aku dapat menikmati haruman BUNGA SYUHADA.Sesungguhnya hatiku,diriku,cintaku hanyalah milikMU YA ALLAH,tiada yang lebih layak.Biarlah hubungan yang tercipta kerana cinta kepadaMU,agar sentiasa dipayungi RAHMATMU....Amin Ya Rabbal A`lamin....."

p/s:Andai benar perasaanmu itu,bersabarlah duhai ADAM,kerana ALLAH tahu apa yang ada di hati hambaNYA.Doa adalah langkah yang terbaik.Jika sudah sampai waktu,datanglah berjumpa ibu ayah....ITULAH CINTA DALAM ISLAM..agar ianya terkudus dan dipelihara daripada bisikan syaitan yang direjam..Bangunlah dari lenamu yang panjang itu ADAM....Hawa akan menanti kedatanganmu andai benar ADAM menginginkanku..Bukan couple yang ku damba...Sekian terima kasih..Maafkanlah Hawa yang hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.Anggaplah..Hawa sudah tidak wujud lagi buat seketika.Bila sampai waktunya..akan datang jua.....

             Andai benar.....PIMPINLAH DIRIKU....


                                 3.49 P.M.                     Selangor Darul Ehsan...

Renungan bersama...


                   To:mujahidislam@yahoo.com
                   From:mawaddatulsyifa@ymail.com
                   Subject:Mengapa??????



Mengapa??Satu persoalan yang sangat bagus..Kenapa tiada balasan cinta dari Hawa untuk Adam.Jawapannya ada pada diri Adam sebenarnya..Adam..apalah gunanya kita belajar di sekolah agama..Takkan kita nak malukan nama sekolah kita..Jagalah imej sekolah kita.Banyak yang kita perolehi dari sekolah kita kan..Semestinyalah kerana Hawa sudah ada pilihan yang tetap unuk diri Hawa..Bukan pilihan hati..Tapi..pilihan untuk jihad FISABILILLAH...Hawa sedar Hawa hanyalah manusia biasa dan Hawa ada nafsu,ini tidak bermakna Hawa mematikan nafsu untuk bercinta..Tapi.Cinta pada waktu ini hanya dengan kaum keluarga,sahabat-sahabat,saudara seislam dan bukan untuk golongan Adam.Hawa ingin menjaga kehormatan diri ini agar ianya khas untuk sang suami Hawa yang bakal mengemudikan bahtera untuk Hawa.Hawa tak nak bagi cinta dan hati ini kepada mana-mana lelaki kecuali insan yang bergelar suami suatu hari nanti.Cuba Adam fikirkan,renungkan dan amati ayat Hawa ini.ANDAI KITA SUDAH BERCOUPLE,LAYAKKAH KITA UNTUK ORANG YANG TAK PERNAH BERCOUPLE???MENGAPA???KERANA ALLAH S.W.T. ADA MENJANJIKAN DALAM SURAH AN-NUR YANG MENGATAKAN PEZINA LELAKI HANYA UNTUK PEZINA PEREMPUAN DAN PEZINA PEREMPUAN HANYA UNTUK PEZINA LELAKI.JADI..LELAKI YANG PERNAH BERCOUPLE HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG PERNAH BERCOUPLE JUGA.Hawa tak nak couple sebab Hawa sentiasa memikirkan rasa kesian kepada  bakal suami Hawa.Kita sudah memberikan cinta kita kepada lelaki yang tak sepatutnya.Adam...jawapannya banyak di dalam AL-QURAN KALAM ALLAH S.W.T.Yakinlah,Adam masih ada peluang lagi untuk bertaubat,InsyaALLAH..ALLAH itu MAHA MENDENGAR... Kadangkala kita tidak sedar kerana ALLAH telah meletakkan sifat AL-WAHN kepada kita.Sifat yang kita terlalu cintakan dunia dan bencikan akhirat.MasyaALLAH..Hawa akan cuba bangkitkan seramai mana yang Hawa mampu.Biarlah orang kata apa...Asalkan kita yakin bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita...Adam..lenturkanlah hatimu dan berikanlah cintamu itu kepada orang yang sepatutnya..Lupakanlah diri Hawa..Hawa pernah khilaf juga dalam perhubungan cinta duniawi,tapi,ALLAH sayangkan Hawa.DIA tunjukkan kebenarannya dan kesan yang buruk kepada diri jika kita bercouple..ALLAH adalah cinta yang sebenar.Setiap ujian dari NYA menunjukkan rasa cintaNYA kepada kita.Kita jangan meragui kekuasaan ALLAH.Semenjak dari mula Hawa yakin ada cinta dariNYA YANG MAHA ESA..Jalan yang berliku-liku adalah suatu cabaran untuk menuju ke FIRDAUSI.Pandanglah langit dan ciptaanNYA.Kita akan temui jawapannya..Yakinlah...Tidak sia-sia Adam diuji..Ada hikmah yang pasti.Cinta itu memungkinkan segalanya.Cinta suci dan abadi.Maaf kerana telah menyakiti dan kecewakan dirimu Adam..Mungkin Adam menganggap Hawa telah mengecilkan dirimu..Tapi ini ku lakukan demi cinta yang harus kita kejar...Jika ini memang yang terbaik untuk Hawa dan Adam..Hawa terima ini semua..Jujur..aku tak kuasa..saat terakhir Hawa katakan..Namun ini pasti terjadi..Adam tak akan perolehi cinta Hawa andai benar Adam tidak memilih jalan kebenaran..Hawa memilih untuk takut kepada ALLAH...Ku pasrah dengan segala ketentuanNYA..


                       4.04 P.M.          Selangor darul ehsan

Friday, November 25, 2011

Renungan buat insan yang lupa

Allah jadikan kita dengan sebaik2 kejadian pada zahirnya,
tetapi dlm sebaik2 kejadian ini Allah saluti diri dengan penuh kelemahan,
kelemahan yg menjadi fitrah kita adalah satu ruang untuk kita sentiasa berpaut pada Sang Pencipta alam,
Sekiranya pada selainnya mengharap ketenangan, itu hanya sekadar mimpi yang akan hilang,
tp jika kita benar bergangtung kepada Yang Esa, maka diri akan terasa ketenangan dan kebahagian yang tidak dapat dibayang...
   Ya.Kitalah yang akan menetukan siapa diri kita.Kita hanyalah insan yang sering melakukan kesalahan dan selalu melakukan dosa.Kadang-kadang mesti akan ada rasa nak jadi baik.Sebab perasaan nak jadi baik itu fitrah.Fitrah adalah perkara yang semula jadi...jngn diberikan fizikal shj cantik,lalu cantikkanlah dalaman.Seabab dalaman itu yang akan menentukan kecantikan kita yang semula jadi..InsyaAllah.....

Wednesday, November 23, 2011

hlovate

You wonder
is it angel or yet
Maybe a sweet dream
that you can't forget

So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey

Love and hate
Driving me crazy
The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet

You're losing your head
Don't want it yet
it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist...




This songs make me think of sumthing..hmm.the past was history yet..........live well or live hell.......... i`ll choose 2 live well....................

Tuesday, November 22, 2011

menjemput bidadari

bila yakin telah tiba
teguh di dalam jiwa
kesabaran menjadi bunga

sementara waktu berlalu
pernantian tak bererti sia-sia
saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaika jalani hari
sabar menanti yusof sang tambatan hati
di penantian mencari diri
memohonkan ampunan dipertemukan

seger kan ku jemput engkau bidadari
bila tiba waktu ketemukan aku
ya ilahi rabbi keras ku mencari sepenuh haty
teguhkanlah di langkah ini
di pencarian hakikat diri
dan izinkan ku jemput bidadari
untuk bersam menuju MU mengisi hari

kini yakin telah tiba
teguh di dalam jiwa
kesabaran adalah permata

dan waktu terus berlalu
penantian tak bererti sia-sia
saat penantian adalah pencarian diri

laksana adam dan hawa
turun ke bumi terpisah jarak waktu
di penantian mencari diri
memohonkan ampunan dipertemukan

bidadari telah menyentuh haty
teguhkan nurani
bidadari telah menyapa jiwa
memberikan makna

segera kan ku jemput engkau bidadari
bila tiba waktu ketemukan aku
ya ilahi rabbi keras ku mencari sepenuh haty
teguhkanlahku dilangkah ini
di pencarian hakikat diri
dan izinkan ku jemput bidadari
untuk sama menujuMU mengisi hari
mengisi hari.........

hmm..i love dis songs..thanks mr.N......

Lagu ini bak kata orang yang bagi lagu ni kat ana lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang memendamkan perasaanya pada wanita yang disukainya..hmm..lagu ni menarik dan akan ana tunggu orang yang bagi ana lagu ni..Namun jika dia bukan tercipta untukku,ana redha.Mungkin yang lebih baik darinya..Ilmu yang harus ku kejar dahulu sebelum cinta yang tak pasti ..Aku yakin segalanya adalah ketentuannya.Aku hanya menanti dan bisa mengharap...STRIVE TO EXCELLENCE...hmm..Tahun dpn dh nk SPM...nak straight A....mr. N...,i know u`ll read this however..syukron jazillan kathiran for remind me the real love............


2nd songs...hmm...menjemput bidadari....do u really want to invite me??????hahahhaha..kelakarlh...biarlah cinta Allah yg menjemputku....hmm....kt US msty bnyk bunga2 ni kn mr.n?

Saturday, November 19, 2011

Surat dari HAWA....

Quote DARI dia ...putra soleh

"Pabila kita memandang kebaikan seseorang dengan mata kasar,pasti tak membawa apa-apa makna yang mendalam.Namun jika dipandang dengan mata hati,pasti kasih dan sayang untuknya makin mendalam.Andai ada silap dan kelemahan,cuba tutupinya dengan ppandangan mata kasar dan pandang ia dengan hati bahawa dia juga seorang hamba,punya kelemahan seperti insan2 yg lain dan mengharapkan agar akan ada yang selalu di samping bersama-sama membaiki kesilapan dan kelemahan agar kebaikan yang diperoleh antara hati dua insan yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T....."
SYUKRON TO AKH MOHD. SOLIHIN RAHMAN BIN MOHD. NOOR

Bila kita rasa kita tidak ada harapan

Janganlah kita lupa akn satu hakikat.Allah sentiasa ada untuk kita.Walau susah dan senang.Ingatlah Allah walau jahat manapun perbuatan yang kita pernah lakukan,selagi nyawa belum dicabut malaikat izrail,masih ada peluang untuk bertaubat kpd Allah.Masih ada ruang yang Allah kurniakan kpd kita.Sepatutnya tiada istilah,tiada harapan,kerana kita perlu mempunyai tahap kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi.Berusahalah kita dalam mencari hati kita kembali.Memang banyak dugaan yang akan kita tempuhi ,namun di situ kita akan diuji tahap keimanan kita kpdNYA.Yakinlah pada Allah.Bergantung haraplah padaNYA.Segalanya bermula dalam diri.Carilah kembali hati yang sentiasa taan,patuh dan cinta kpd Allah.Eilog silam sdh berlalu.ambillah ibrah darinya kerana masih ada ruang keampunan.Jangn pernah putus asa dan harapan kpd Allah walaubagaimanapun keadaan diri yg melanda.Bila rasa sakit,ajak hati bermuhasabah diri di kesepian malam  mencari kekhilafan.Bangunlah pada malamNYA.Tuhan..layarkan kami ke arah cintaMU.KepadaMU ya tuhan.BERIKAN SECEBIS KEINSAFAN terhadap diriku untuk mencari ketenangan yang hilang.Berikan aku Hidayah agar dikuatkan iman yang lemah.menuju bahagia yang kekal abadi..syurga firdausi..jannati...Hanya padaMU..kami serahkan hati dan seluruh hidup kami padaMU..Berikanlah ketabahan dalam bermujahadah dan mengubah diri menjadi yang lebih baik.....insyaAllah..wallahualam

Thursday, June 9, 2011

Penantian itu indah........



Syifa,anti dah siapkan assignment  yang prof.Zughbergh  berikan?”tanya Balqis,sahabatku merangkap kawan serumahku.
“Alhamdulillah,dah siap.Kenapa?”
“Hmm..Boleh tak ana nak pinjam?”pinta balqis.
“Tafaddal.Ambillah.”kataku lalu menyelak helaian muka surat yang setrusnya buku Mawar Berduri itu.
       Setiap bait-bait indah nukilan Fatimah Syarha ku hayati.Tiba-tiba bunyi telefonku menandakan mesej masuk.Membuatkan aku tersedar kealam  realiti
 “Salam Taaruf…Saudari..izinkan ana mengenali saudari dengan lebih dekat lagi .”  
      Ya Allah,siapakah lelaki ini.Aku segera beristighfar memohon keampunan Allah.Apa yang harus aku lakukan.Aku mengambil sedikit masa untuk membalasnya.
Waalaikumussalam..Jika anta dari golongan ajnabi,lupakanlah kerana ana tidak perlukan sahabat ajnabi.Asiff jiddan….”
    Mesej  itu ku hantarkan kepada gerangan manusia yang tidak ku kenali itu.Bukan sekali malah sudah banyak kali aku menerima mesej salam perkenalan ajnabi.Aku berusaha untuk membangkitkan kaum Adam ini dari kelalaian dan fitnah Hawa di akhir zaman ini.
Namun niat ana ini suci untuk melamar anti menjadi suri hidup ana.Nama ana Faris.Pelajar jurusan perubatan tahun keempat di universiti yang sama dengan anti.Ana harap anti dapat menerima ana untuk mengenali anti.”
      Apakah yang patut aku katakan.Ini bukannya cara untuk bertaaruf dalam Islam.Aku mebiarkan mesej itu tanpa balasan.Aku tekad untuk tidak menerima lelaki yang tidak mengikut proses tarbiah.Bagiku,orang yang benar-benar inginkan aku hendaklah melalui orang perantaraan.Kalu benar mahu kenapa tidak pintanya pada ayahku yang memegang aku sebagai amanahnya.Selagi pengajianku belum tamat,aku akan cuba mengelakkan dari memikirkan tentang perasaan ini.Bagiku,bukan senang nak menjadi isteri solehahdalam masa yang sama adalah seorang pelajar.Biarlah pada waktu ini aku persiapkan diriku untuk menjadi muslimah solehah.Bagiku,lelaki ini terlalu tergesa-gesa kerana menghantar mesej terus kepadaku tanpa orang perantaraan.Aku akan terus bersabar hingga dating waktu itu.Aku yakin akan ketetapan Allah di Luh Mahfuz akan jodohku.
       Laptopku segera dibuka.Tugasan harianku adalah menulis artikel tentang Addinku  di dalam blogku,pencinta Illahi.Segala tazkirah dan maklumat tentang Islam banyak ku dapati dari sahabat blogku.Dunia blog banyak membuatkan aku mengenal Islam dengan lebih mendalam.Di sini kita akan berkongsi ilmu tentang agama.Blog adalah salah satu medium dakwah.Inilah kepentingan teknologi untuk Islam.Namun ada juga yang menyalahgunakan laman blog untuk menghina,menyebarkan perkara yang aib dan macam- macam lagi.
     
           Antara blog yang paling aku suka adalah blog”Syabab Musafir”.Sungguh aku tertarik pada artikelnya tentang perasaan yang menghimpit dirinya,namun dia berusaha untuk memendamnya kerana bagi dia lelaki yang soleh hanyalah untuk perempuan yang solehah.Jadi dia harus menjadi lelaki yang soleh.Di dalam blog itu,dia menceritakan tentang wanita yang diminatinya.Ditakdirkan Allah,mereka berada di sebuah sekolah SBP AGAMA yang sama.Wanita itu muda setahun darinya.Dia menceritakan saat pertama kali dia bertembung dengan wanita itu ketika dia berada di tingkatan 5.Manakala wanita itu sedang berada di tingkatan 4.Dia tidak pernah melihat dan merasakan debaran apabila berhadapan dengan wanita.Pandangan pertama membuatkan dirinya untuk mengenali wanita itu dengan lebih mendalam.Namun dia hanya menggunakan sahabat karib wanita itu untuk mengetahui peribadi wanita itu.Sememangnya wanita itu diminati ramai akan kesolehahan wanita itu.Dia tersedar dari lena yang panjang,jika dia benar inginkan perempuan itu menjadi isterinya,dia harus menjadi seorang ynag soleh.Dia tidak melekakan dirinya dengan angan -angan yang panjang.Baginya,ilmu itu sangat penting untuk menhadapi kehidupan pada masa hadapan .Tambahan pula dia sedang berperang dengan peperiksaan yang terbesar dalam hidupnya ketika itu,SPM.
            Dia melakukan istikharah memohon petunjuk.Berkali-kali dia memohon kepada Allah kerana dia tidak inginkan nafsu yang merajai dirinya.Dengan izin Allah,dia bermimpi akan wanita itu.Semenjak itu dia mula melakukan perubahan pada dirinya.Dia tidak lagi merenung wanita itu seperti dahulu.Tatkal berhadapan dengan wanita itu dia pasti akn menundukkan pandangan.Jawatannya sebagai exco BADAR membuatkan dia perlu berjumpa wanita itu yang juga merupakan ahli BADAR.Dia pernah  terfikir untuk memberikan surat kepada wanita saat hari terakhir sesi persekolahan pada waktu itu.Dia teringat bahawa wanita itu pernah menulis di dalam blognya bahawa lelaki yang memberi surat hanyalah seorang yang pengecut dan sememangnya dia akn menolak mana lelaki yang memberinya surat..Namun surat itu masih disimpan dan jika benar wanita itu untuk dirinya dia akan memberi wanita itu membacanya.Sehingga sekarang,umurnya sudah menjejak 24 tahun dan sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan  di University of Manchester.Bila dia teringat akan wanita itu dia akn menaip akan perasaannya di dalam laptopnya dan menyimpannya dalam pendrive  dari saat pertama kali dia melihat wanita itu.Jelasnya lagi,dia sedang merisik wanita itu dan sudah berjumpa dengan ibu dan ayahnya dan sedang menanti jawapan dari si mawar berduri itu.
               Unik bukan?Indahnya cinta yang bersyariat.Sungguh beruntung wanita itu.Andailah semua Adam di muka bumi ini seperti Syabab Musafir,pasti tiada gelombang maksiat akan berlaku di muka bumi ini.Aku berusaha untuk menjadi mar`ah solehah.
                 Masa pantas berlalu,tahun ketiga pengajian memang memeritkan dengan  assignment yang bertimbun.Tiba-tiba aku merindukan adikku yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di university of Liverpool,UK, di dalamjurusan perubatan.Jarak yang jauh memisahkan kami demi mencari ilmuNYA.Manakala aku sedang  melanjutkan pengajian  di dalam jurusan bioteknologi  di Universiy Of Nashville,US.Berada di bumi asing semeamngnya menbuatkan aku menjadi lebih matang dan berdikari.Namun,Alhamdulillah,ikatan kasih saying di antara keluarga-keluarga Muslim Malaysia sangat rapat.Aku segera mencapai telefonku dan mendail nombor adikku.
 “Assalamuaalaikum,”
“Waalaikumussalam ukhti…ukhti…kaifa haluki?Ana uhibbuki  jiddan…”sambut adikku.
“Alhamdulillah,ana bikhoir..wa ana aidhon uhibbuki...kaifa haluki?”
“Alahamdulillah,ana aidhon…Limaza?rindu sangat kat adik ke?Kenapa kakak jarang online?Sibuk sangat ke?”Tanya adikku
“Biasalah.Dah tahun ketiga.Banyak kerja kena hantar.Sebab kan terlalu sibuk kakak jarang online.Adik pula macam mana?”
“Ok je.Tapi memang satu adat lah budak medic ni macam mana.Nak kena pecah otak mengahafal benda yang bagai.Tapi takpe,adik seronoklah.Kakak,walid pesan suruh baca email yang walid bagi.”
“Owh,nanti kakak call walidlah.Adik tak ada cerita yang boleh menghiburkan kakak ke?”
   Banyak cerita yang adikku sampaikan padaku.Antaranya,adikku bakal bertunang dengan seorang hafiz.Alhamdulillah,adikku juga sememangnya seorang hafizah.Benarlah firman Allah bahawasanya lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik.Hmm…..
Nombor ayahku ku dail….
“Assalamuaalaikum walid..Apa khabar?”
“Waalaikumussalam.Alhamdulillah sihat.Syifa apa khabar?Sihat?Study macam mana?Iman macam mana?”Tanya walidku.
“Alhamdulillah,setakat ini semuanya ok.Iman tu Allah je yang tahu.InsyaAllah moga2 sentiasa yazid.Apa yang walid hantar dekat Syifa?Syifa memang dah lama tak buka email.Walid cakap jelah.”
“Macam ni.2 minggu yang lalu walid call Syifa.Tapi Syifa tak angkat.Itulah yang walid hantar email.Ada orang datang merisik untuk Syifa.Nama dia Uwais Al Qarni.Walid dah hantar dah maklumat diri dia pada Syifa.Gambar pun walid sertakan sekali.Sekarang ni dia sedang menunggu keputusan Syifa.”terang walidku.
Ya Allah….Siapakah gerangan lelaki ini?
“Walid,biarlah Syifa fikirkan perkara ini dahulu.Bila Syifa dah jumpa petunjuk dariNYA,Syifa akan  bagitahu Walid.”
“Baiklah.Walid akan tunggu.Tapi janganlah terlalu lama sangat.Walid harap Syifa terimalah lelaki ini.Sungguh Walid menyenangi  akan akhlaknya.”
“Baiklah Walid.Syifa ada hal yang perlu dilakukan.Assalamuaalaikum.”
“Waalaikumussalam.”
    Ya Allah,tiada kata yang mampu terucap dari bibirku.Aku melangkah ke bilikku.Aku cuba menenagkan perasaanku.Siapakh lelaki yang telah mengambil hati ayahku sebelum mengambil hatiku?Sungguh aku yakin akan kebijakan pemuda ini.Pasti lelaki ini dididik dengan tarbiyah islamiyyah.InsyaAllah…
      Malam itu saat ku lakukan tahajudku,aku menunaikan solat istikharah dan aku mula merasakan ketenangan.
“Ya Allah..Andai benar dia tercipta untukku,maka dekatkanlah,namun jika dia bukanlah jodohku,maka tabahkan hatiku dengan ketentuanmu lantas hadirkanlah seorang mujahid yang ku rindui dan sering ku tunggu…Amin Ya Rabbal A`lamin”
                Aku mula yakin untuk menerima sang pemuda itu walau tidak pernah ku lihat rupa parasnya namun kerana agamanya aku pilih..Aku mengkhabarkannya pada ayahku.Ayahku begitu gembira akan keputusanku.Sememangnya aku sangat menyayangi ayahku.Dia sering melakukan yang terbaik buat diriku.Sungguh jasamu tidak mampu ku balas.Ayahku mengatakan bahawa pernikahan akan dilangsungkan pada bulan 9 pada 1 Syawal.Aku mula menghitung hari.Hanya  beberapa hari sahaja sebelum tiba tarikh itu.Walaupun aku masih belajar aku akan cuba menghadapinya.Aku membuka emailku da melihat segala email yang sudah lama tidak ku baca.Satu email ini menarik perhatianku…

Salam mawaddah wa rahmah ana hulurkan…..
Semoga anti di bawah lembahyung rahmatNYA.Di sini,ana ingin memberitahu anti akan perancangan yang ana harapkan anti terima.Memandangkan anti masih ada lagi setahun untuk menghabiskan pengajian,jadi ana sudah memohon pekerjaan di sana dan sudah diterima.Ana sudah menyewa sebuah rumah di Nashville.Ana akan bekerja di situ selama 2 tahun.Disebabkan itu,ana terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan kita.Syukron  kerana sanggup menerima diri ana yang serba kekurangan ini.InsyaAllah….Semoga bertemu di hari itu….
Wassalam…..
Uwais Al Qarni…
  Email itu meyakinkan lagi kepada diriku bahawa lelaki ini sememangnya seorang yang sangat menjaga batasan dengan ajnabi.InsyaAllah.Aku menelefon ayahku untuk mngatakan padanya bahawa aku setuju andai itu keputusannya kerana dia adalah bakal pemimpinku.
    
   Masa mencemburuiku dan tanpa ku sedari saat itu semakin hampir denganku.Aku cuba untuk menolong namun makcik- makcik  saudaraku  tidak memberinya.Aku merasa sangat gelisah jika berada di kamar peraduanku.
“Salam…Syifa………We`re here…..”Kata sahabatku..
Ya Allah,rindunya dekat kawan kawanku ini..Walaupun terpisah jauh.Kami berenam tetap bersama kerana Addin yg syumul ini.Zuhairah,Amalina,Syura,Amirah dan Nabilah.Semua tercampak ke tempat lain dalam jurusan yang berbeza-beza.
Huhuh…
“Syifa…..Rindunya dekat kau.Kau dah ready nk pikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar ni?”Tanya zuhairah..
“InsyaAllah..Aku harap aku mampu jadi yang terbaik buat dirinya…”kataku
“Dah tu,kalau kau kahwin dengan dia,kau dengan dia tak ddudk sama2 ke?”Tanya Syura.
“Dia dh sewa rumah kat sana.Dia duduk kat Nashville.Dia kerja kat situ selama 2 tahun.”
“Tak sangka kau nak kahwin dah kan.hmm.”Kata nabilah pula.
“Siapa nama suami kau?Korang berdua pernah jumpa tak?”
“Nama dia Uwais Al Qarni.Kiami berdua tak pernah jumpa lagi.Nak jumpa esok.InsyaAllah
“Ohhh..Bagusnya….”

                Saat itu hadir jua.Aku mula merasakan kegelisahan yang berpanjangan..Teringat saat ibuku masuk ke bilikku malam semalam.
“Syifa,nak jadi isteri ni satu amanah yang sangat besar.Banyak perempuan yang masuk neraka kerana menderhakai suami.Ingatlah.Gapailah isteri solehah.Sekarang ni Syifa kena jadi pendamping yang terbaik buat dia sang suami.Syifa patut bersyukur kerana Allah kurniakan seorang lelaki yang soleh..InsyaAllah..Binalah bait al muslim untuk kegemilangan islam..”pesan ibuku…
      Aku tersedar dari lamunan tatkala lafaz akad itu meluncur laju.Ya Allah,aku memikul tanggungjawab yang besar sekarang ini.Seusai doa,dia melakukan solat sunat.Aku merasakan debaran  jantungku makin laju.Dia pasti akan datang untuk upacara pembatalan air sembahyang.Wajahnya yang tak pernah ku lihat membuatkan aku tertanya tanya.Bagaimanakah  rupa parasnya?Biarlah.Hanya agama yang ku pilih…
      Dia datang menghadapku.Aku memberanikan mataku untuk memandangnya.Namun tidak mampu ku merenung terlalu lama.
“Salam..inilah bidadari yang ingin ku jemput ke syurga.insyaAllah……Terimalah abang seadanya….”kata-kata itu meluncur dari mulutnya.Aku tersenyum padanya.Tiada kata yang mampu kuucap.Hanya air mata yang mengalir deras tanpa henti.
Kami diarak dari masjid hingga ke rumah dengan paluan kompang.Majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana sahaja.Namun terpamer kemeriahannya.Ramai tetamu yang hadir.Aku dan suamiku tidak cukup tangan untuk melayan tetamu-tetamu.
      Aku solat isya` berjemaah bersamanya.Alunan suaranya benar memukau hatiku.Ya Allah,Alhamdulillah,ku panjatkan syukur buatmu….Seusai solat,kami mulakan taaruf di malam pertama kami.Alangkah terkejutnya aku tatkala aku mengetahui bahawa dia mengenaliku dari blogku.Lalu dia cuba untuk meyelidik tentang diriku.Dia benar-benar jatuh cinta  pada satu post yg aku coretkan di dalam blogku..

Hatiku ini………………..
Duhai hati..
Mengapakah engkau begitu jauh dan lalai?
Mengapa perlu kau ingati lelaki yang tidak sepatutnya kau ingati,
Mengapa harus kau hancurkan hatimu hanya kerana dia,
Insan yang tidak patut kau kenal,
Tidakkah kau akan rasa jauh dari Rabb
Tatkala kau mengingati dirinya….
Hati…….
Jauhilah engkau dari mengikuti hawa nafsu…
Tekadkanlah hati menggapai gelaran..
Mara`h solehah,Mujahidah islam,
Yang hatinya hanyalah khas buat pencipta….

Inilah dinamakn cinta dalam islam……Semoga semua insan mengerti akan indahnya cinta ini andai dijaga.Malam itu ku lalui bersamanya dengan penuh kegembiraan yang berpanjangan..InsyaAllah..

Monday, June 6, 2011

From 0 to 360

Change?nk berubah x?mesti ada rasa nak berubah untuk menjadi yang lebih baik,kerana itu adalah fitrah bagi setiap insan yang beraqal.Changing like torn apart inside.Changing 360 from 0.It`s hard to change and be someone else.Juz follow the rules from Allah S.W.T.If we in the wrong way,we juz have to uturn  and choose the right way to arrive at our destiny...Firdausi..Kita boleh berubah...tapi jngn hanya pada mulut dan tidak perlu secara drastik.Bermulalh dengan perlahan from the step one and istiqomahlah dlm melakukan sesuatu perubahan.It takes more tahn a day if we wanna the flowers to bloom.But,we`ve to be a good muslimah,no matter what is at stake.Loads have uphold islam by all means...bloods,tears,word and also sword...So dear heart.....we can change....Don`t ever give up..I`m not perfect and i`m still adjusting the new me and eliminate all those bad things.we`ll start from step one..................
Allah sentiasa menolong hambaNYA yg menolong Addin yg syumul ini..
yakinlah pada islam.......berubahlah menjadi muslim n muslimah sejati..
selamat beramal n berusaha......
mari kira refleksi diri ingtkn kembali segala keslhn yg prnh dilakukan dan insafi agar tidak mengulanginyan semula..........
salam mawaddah......