Popular Posts

Wednesday, June 6, 2012

Muslimah........

Muslimah.....Sesungguhnya kita adalah insan yang mulia yang dicptakan ALLAH denagn penuh hikmah yang tersembunyi....
  Maka...Tutupilah apa yang patut kita tutupi demi menjaga maruah seorang insan bergelar Hawa yang penuh dengan ranjau dalam menghadapi kehidupan....Maka duhai muslimah sekalian...kita sering menginginkan yang terbaik dalam hidup kita terutamanya insan yang bakal mengemudikan hidup kita dan yang akan menjadi imam pada diri dan anak-anak kita...Lalu apakah persiapan kita dalam membentuk diri kita sebagai seorang wanita yang sebenarnya solehah dan sentiasa mengikut syariat Addin....Jangan dicari kerana percayalah lelaki yang soleh itu pasti akan datang..Jaga dan pelihartalah segalanya yang ada pada diri setiap Hawa..Jangan percayakan kata-kata cinta dari golongan Adam yang mengambil kesempatan dalam kehidupan kita...Kartun Pengantin Muslim

    Yakinlah duhai hati...akan ada juga insan yang telah ditetapkan oleh Allah di luh mahfuz...Yakin dan percaya setiap manusia telah ditetapkan jodhnya lalu tidak perlulah mencarii..sebagai perempuan..kita tunggu sahaja insan bergelar adam memulakan langkah namun perlulah kita menitikberatkan agama dalam memilih insan yang bakal bergelar sang suami...jujur..hati ini sedang ddirundum kekeliruan yang berpanjangan..Mungkin kerana terlampau banyak benda yang sedang difikir....lalu terkeluar idea untukku menulis tentang ini..Entah kenapa hati ini sering merasakan kersahan selepas sahja dirisik oleh seorang lelaki yang tidak kutahu rupanya dalam diam menyukaiku..Caranya sangat mengikut syariat namun aku berpegang pada prinsipku..selagi belum menjadi doctor...selagi itu tiada istilah cinta adam untukku...insyaAllah...

Friday, May 25, 2012

Lelaki yang ku tunggu....


Tidaklah aku mendambakan insan sehebat mana..Sekadar insan yang mampu menghubungkan aku ke jalan Allah yang diredhaiNYA.Tak salah untukku menyimpan perasaan pada mana-mana lelaki yang aku inginkan namun ada batasannya duhai hati...Bukanlah insan yang sehebat sultan mahmud al fatteh..sesungguhnya aku juga tertunggu insan segagah itu....Namun aku yakin Allah akan beri yang paling baik buat diriku ini...Namun bukan cinta couple dan budaya taaruf tanpa perantara yang aku inginkan.Aku inginkan cinta yang berlandaskan syariat islam agar perkahwinan yang dibina kelak atas dasar Islam...Agar anak-anak yang ku bakal kandung kelak menjadi insan yang soleh jua solehah.Aku mengerti mengapa engkau melakukan suatu keputusan dengan terburu-buru.Hal ini kerana engkau tidak sedaya upaya melawan nafsu yang sedang bermaharajalela dalam diri.Oleh itu persiapkanlah dirimu duhai mujahid islam yang ku nantikan.Aku ingin sekali mengatakan yang aku sedang mempersiapkan diri untuk menjadi sayap kiri yang terbaik dalam berbakti kepada addinku ini.ku ingin mempersiapkan  diri menjadi bidadari syurga di dunia serta diakhirat.Aku akan sedaya upaya untuk solehahkan diri agar beruntung kedua tanganmu itu saat kau bergelar sang suami  buat diriku.Namun duhai adam yang dulunya kusanjung,mengapa harus kau berubah sekelip mata lantas mengejar cintaku yang tidak punya apa-apa.Aku manusia dan pastinya akan pernah membuatkan dirimu tersiksa.Sungguh aku pernah merasakan seksanya menahan rindu dan memendam hati pada insan yang kita inginkan.Namun jagalah batasnya sebaiknya.Takutkah dikau pada tuhanku dan tuhanmu tatkala kau dengan lancar melafazkan kata-kata yang menyesakkan jiwaku yang membuatkan diriku tidak keruan lantas takutnya akan diri yang menjadikan kau tertipu dalam fitnah wanita.Sedarlah...Pintu taubat masih terbuka.Sama-samalah kita mencari cintaNYA yang lebih pasti...Persiapkan dirimu lants akan ada yang solehah sedang menantimu sebagai bidadari dalam hidupmu suatu hari nanti..

p/s/:ku bnr2 menujukan luahanku ini buat insan yg bergelar adam..berubahlah lantas takutlah dan carilah cintaNYA....

Khitbah????

YaAllah..Rasanya diri ini masih muda lagi untuk dikhitbah...namun,si insan itu menggunakan hadis tentang 3 perkara yang membawa kpd kemuliaan wanita..Sungguh diri ini tidak mengerti..Bukan suatu perkara yang mudah sebenarnya dalam membuat satu keputusan yang akan menentukan masa depan dan sememangnya terasa cuak bila dikhabarkan berita yang amat mengejutkan ini.Walauapapun,bak kata kyrah,sepupuku terchenta,ikut kata haty yg diturunkn dry ilhamNYA...SO,bILA dah berfikir,bermusyawarh dan istikharah sememangnya akan menolak apaa-apa khitbah selagi tidak ku tamatkan pengajianku hinggalah aku berjaya memegang segulung ijazah pertama dalam bidang perubatan.Aku yakin Allah telah tetapkan yang terbaik buat diri ini dan setiap hamba NYA..nAMun..yakinlah.....Kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.Mungkin ada hikmahnya namun buat masa sekarang cinta pada ibu dan ayah ingin ku laksanakan sebelum pada lelaki yang bakal bergelar sang suami buat diri ini...Allah je YaNG berkuasa dalam menentukan sesuatu..Aku pasrah andai takdir tersurat untuk insan yang bukan aku dambakan..Kerna aku yakin akan ada hikmah yang tersembunyi....Aku bersyukur kerana Allah pernah menemukan dirimu kepada diriku sebagai satu mehnah dalam menghadapi sebuah kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri yang kadang-kadang menyesakkan jiwa tatkala melaluinya..Ketika di bumi ini aku menghayati detik-detik cinta yang manis bersama Allah SW.T.Sungguh indah sehingga tak mampu nak berpisah dari bumi ini.ku takut jika setibbanya aku di tanah kelahiran nanti aku akan melupakan segala kenangan amnis bersama ILLAHI di pencarian cinta di bumi barakah ini..KU coretkan pengalaman dan kisah tentang haty yg semaikn hari maikn rindu untuk pulang pada cinta fitrah..allahuakbar..

Thursday, May 24, 2012

Indahnya bumiMU ini yaALLAH..

Alhamdulillah....bila jejak ke bumi yang penuh berkah ini.terasa sayu bila nak meninggalkannya..Berangkat ke tempat yang juga bersejarah...Sungguh..memang menarik...Banyak temat yang mengimbau peristiwa Rasulullah bersama para sahabat.Cuba dihayati dan cuba untuk menyelami padang pasir yang tandus namun dikembangkan islam bermulanya di padang pasir..diselitkan gambar yang menarik...


Gambar ini diambil di muzium.....lembaran mashaf alquran........

Satu pengalaman yang paling indah apabila menjejakkan kaki ke tanah suci mekah.....

Friday, March 30, 2012

hmm...doc to be OR not??/

     


        Salam ukhuwah ku hulurkan.....

          hmm..tetiba rindu sangat kat my family..hmm.mcm nilah rasanya terseksa duduk jauh dengan family yg terchenta.ini adalah salah satu gambar kahwin my along...hmm...lama x amik gmbr family ramai...sekarang bile muhasabah bali dah besar dah aku ni.nak amik exam SPM agi tahun ni.YAALLAH... x sangka secepat ni masa berlalu..ingatkan baru nk PMR.hmm..tpi,itulah satu realiti aku makin meningkat dewasa dan makin cuba untuk mematangkan diri,exam mac dh berlalu and alhamdulillah x lah teruk sangat tapi perlulah penambah baikan.bagi aku exam ni sngt penting supaya aku dapat nilai tahap persediaanku dalam menghadapi spm pd 5 nov ni.sunngguh aku cuak+gabra+takut+mcm agy ahhh...spm yg akn menentukan aku untuk mengambil jurusan medic or not.harapan ibu dan ayah untuk aku menjdi doc so kenalah fulfillkan.hmmm.memang ahh awalnya brt gak coz dlm haty teringin nk jd pensyarah bahasa arab.tapi,bila nilai balik kalo lah dpt bljr kt timur tngh aku msty akan bljr gak bahasa arab tu..so,aku mmng dh bertekad ahh nk jadi doc.walau apa pown cara....doc to be..brulah relevan nama syaf syifa......menjadi penawar bagi setiap insan yang memerlukan..huhuhuu..klkkrr lk..hmmm.....seyes i mi ss my mom n dad so badly.....hmm....lama agy ahh kalo nk tunggu blik umah..bln 4 ni mmmng x moh blik nk stdy tol2 coz 30.4 ni aku dh nk kena exam mid term..gler x???hmmmm...tpy mestylah mk n ayhku dtng gk mlwt ank yg sngt mereka rindui ini..huuh.hmmm...setakat ni tiada bnyk sngt ahh mslh....hmm...cuma life mkin mencbr ahh smpykn rasa mcmx nk wt apa3 n nk tdor je.mls nk stdy rasa pnt ahh..hmm...naseb bek ada cg.faizah mmbkr smgt ku yg mkin menghilang sempatlah cover biol pg tdy..hmmmm.....hmm....ada aapa agy ka/rasanya xder bnyk sngt perkmbngn terbaru juz a normal life..hmm..hoping the better life ahhh..uhu...oklah..till hereee...see nex time....

salam mawaddah wa rahmah...

Friday, December 9, 2011

Mujahid Islam yang ku nantikan



                                               To:mujahidislam@yahoo.com
                                               From:mawaddatulsyifa@ymail.com
                                               Subject:Luahan unntukmu duhai ADAM..


  Kepada diri yang jauh di fikiran,maafkan aku pintaku terdahulu kerana mencuri waktumu.Hawa bukanlah yang terbaik untuk ADAM,kerana Hawa hanyalah terbaik untuk yang telah tercatat  di LUH MAHFUZ.Tiada siapa yang mampu meramal masa depan.Manusia hanya merancang,hanya Tuhan yang menentukan segalanya.Takdir yang tertulis,pasti ada hikmahNYA.Hawa tidak mampu untuk menjadi wanita solehah.Sekurang-kurangnya,Hawa punyai usaha ke arah itu.Dan Hawa tahu Ya Rabbul Izzati sentiasa mendengar luahan hati hambaNYA.Hawa cuma mengharapkan seseorang lelaki yang juga ke arah itu.Bukan lelaki yang sebaik Nabi Muhammad S.A.W. kerana ku tahu siapa Hawa ini.Hawa yakin..."LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK".Hawa mengharpkan lelaki yang bisa membimbing Hawa menuju ke FIRDAUSI.Yang sentiasa mahu mengembangkan dakwah ISLAM.Hawa mengimpikan untuk menjadi sebaik-baik PERHIASAN DUNIA,WANITA SOLEHAH.Kerana wanita solehah itu adalah lebih baik daripada bidadari  syurga yang telah ALLAH janjikan.Semoga apa yang ku harapkan menjadi kenyataan.Namun,Adam...maafkanlah..sudahlah..hentikanlah dari mengganggu kehidupan Hawa.Hawa perlukan kehidupan yang bahagia sebagai remaja bersama-sama sahabat sejantina Hawa.Adam,janganlah kau turuti hawa nafsumu itu.Jiwa Hawa sangat lemah,sekali dirayu,Hawa terlonglai di bawah bicara asmara kata-kata pujanggamu duhai Adam.Adam..bukan nota cinta yang ku damba,namun,nota-nota dakwah islamiah agar bangkit Agama Islam ini.Aku inginkan pemuda seperti SULTAN MAHMUD AL-FATEH.Adam,jadilah pembuka fitrah Islam pada era yang sedang maju ini yang juga penuh  dengan pancaroba duniawi.Hawa mengharapkan Adam memahami luahan hati ini.Rendahkanlah sedikit egomu yang tinggi itu.Tidak banyak yang ku pinta.Hanya secebis keprihatinanmu terhadap Hawa.Hawa sentiasa lemah dalam melawan nafsuku.Kerana itulah,perlunya Adam untuk meluruskan Hawa kerana Hawa terjadi daripada tulug rusuk Adam yang bengkok.Terlalu banyak yang ku luahkan.Terlalu banyak rungutan Hawa pada lelaki.Namun  100% kesalahan bukan ku sandarkan untukmu duhai ADAM.Mungkin ada kekhilafan Hawa tanpa disedari.Namun Hawa ingin mengatakan padamu Adam,Hawa manusia yang hina dan Hawa mengharapkan ynag terbaik untuk Hawa.Persis Adam yang tidak mampu hidup tanpa Hawa,ibarat Zulaikha dan Yusuf.Hawa sedar akan kewujudanmu Adam.Tapi Hawa tak ingin bertemu.Biarlah harapan yang kusandarkan hanyalah keyakinanku terhadap AGAMAMU DAN KEPRIBADIANMU YANG INDAH.Hawa mengharapkan ADAM yang bisa mendidik.Bukan cinta atau couple yang ku mahu.Maafkanlah,jika Hawa terlalu menyalahi Adam.Namun,di sebalik ketenangan yang Hawa lampirkan,terbit sekelumit perasaan yang resah dan gelisah apabila terima ayat-ayat cinta darimu Adam.Hawa takut sekali jika Adam melafazkan bahawa diriku ini sering Adam ingat.Cukuplah Adam.Berhentilah dari mengejar diri ini.Bukan ini yang Hawa harapkan.Hawa mendambakan segarnya TELAGA KAUTHAR di syurga,bukannya pedih BUAH ZAQUM di neraka.Adam..pemilik hatiku ini hanya ALLAH S.W.T.Jiwa Hawa terlalu hina untuk penciptaku,namun,aku cuba membersihkan jiwa ini dengan bait-bait ZIKRULLAH.Ingin sekali Hawa lupakan seseorang Adam yang telah membuatkan jiwa Hawa hanyut dalam gelombang nafsu duniawi.Hawa ingin dibimbing oleh seorang lelaki yang sering meningati YA RABB.Jika Hawa boleh melupakan,kenapa tidak bagi ADAM???????Rendahkanlah nafsumu dengan berpuasa.InsyaALLAH..Sesungguhnya jika kita  meninggal pada waktu kita sedang menantikan seseorang itu,dikira syahid di jalan ALLAH.Mungkin di AKHIRAT nanti,kita akan berjumpa juga.   Doa yang sering meniti di bibirku satu yang ku pohon,

    "Ya ALLAH,jika aku jatuh cinta,biarlah cinta ini kudus terpelihara buat insan yang mencintaiMU,agar bertambah kekuatan untuk aku mencintaiMU.Jika aku jatuh hati,biarlah dengan insan yang sentiasa menghidupkan malamnya dengan bermunajat kepadaMU.Jika Kau mentakdirkan rindu,campakkanlah rindu ini ke hati orang yang merindui SYAHID DI JALANMU,agar aku dapat menikmati haruman BUNGA SYUHADA.Sesungguhnya hatiku,diriku,cintaku hanyalah milikMU YA ALLAH,tiada yang lebih layak.Biarlah hubungan yang tercipta kerana cinta kepadaMU,agar sentiasa dipayungi RAHMATMU....Amin Ya Rabbal A`lamin....."

p/s:Andai benar perasaanmu itu,bersabarlah duhai ADAM,kerana ALLAH tahu apa yang ada di hati hambaNYA.Doa adalah langkah yang terbaik.Jika sudah sampai waktu,datanglah berjumpa ibu ayah....ITULAH CINTA DALAM ISLAM..agar ianya terkudus dan dipelihara daripada bisikan syaitan yang direjam..Bangunlah dari lenamu yang panjang itu ADAM....Hawa akan menanti kedatanganmu andai benar ADAM menginginkanku..Bukan couple yang ku damba...Sekian terima kasih..Maafkanlah Hawa yang hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.Anggaplah..Hawa sudah tidak wujud lagi buat seketika.Bila sampai waktunya..akan datang jua.....

             Andai benar.....PIMPINLAH DIRIKU....


                                 3.49 P.M.                     Selangor Darul Ehsan...