Popular Posts

Thursday, June 9, 2011

Penantian itu indah........



Syifa,anti dah siapkan assignment  yang prof.Zughbergh  berikan?”tanya Balqis,sahabatku merangkap kawan serumahku.
“Alhamdulillah,dah siap.Kenapa?”
“Hmm..Boleh tak ana nak pinjam?”pinta balqis.
“Tafaddal.Ambillah.”kataku lalu menyelak helaian muka surat yang setrusnya buku Mawar Berduri itu.
       Setiap bait-bait indah nukilan Fatimah Syarha ku hayati.Tiba-tiba bunyi telefonku menandakan mesej masuk.Membuatkan aku tersedar kealam  realiti
 “Salam Taaruf…Saudari..izinkan ana mengenali saudari dengan lebih dekat lagi .”  
      Ya Allah,siapakah lelaki ini.Aku segera beristighfar memohon keampunan Allah.Apa yang harus aku lakukan.Aku mengambil sedikit masa untuk membalasnya.
Waalaikumussalam..Jika anta dari golongan ajnabi,lupakanlah kerana ana tidak perlukan sahabat ajnabi.Asiff jiddan….”
    Mesej  itu ku hantarkan kepada gerangan manusia yang tidak ku kenali itu.Bukan sekali malah sudah banyak kali aku menerima mesej salam perkenalan ajnabi.Aku berusaha untuk membangkitkan kaum Adam ini dari kelalaian dan fitnah Hawa di akhir zaman ini.
Namun niat ana ini suci untuk melamar anti menjadi suri hidup ana.Nama ana Faris.Pelajar jurusan perubatan tahun keempat di universiti yang sama dengan anti.Ana harap anti dapat menerima ana untuk mengenali anti.”
      Apakah yang patut aku katakan.Ini bukannya cara untuk bertaaruf dalam Islam.Aku mebiarkan mesej itu tanpa balasan.Aku tekad untuk tidak menerima lelaki yang tidak mengikut proses tarbiah.Bagiku,orang yang benar-benar inginkan aku hendaklah melalui orang perantaraan.Kalu benar mahu kenapa tidak pintanya pada ayahku yang memegang aku sebagai amanahnya.Selagi pengajianku belum tamat,aku akan cuba mengelakkan dari memikirkan tentang perasaan ini.Bagiku,bukan senang nak menjadi isteri solehahdalam masa yang sama adalah seorang pelajar.Biarlah pada waktu ini aku persiapkan diriku untuk menjadi muslimah solehah.Bagiku,lelaki ini terlalu tergesa-gesa kerana menghantar mesej terus kepadaku tanpa orang perantaraan.Aku akan terus bersabar hingga dating waktu itu.Aku yakin akan ketetapan Allah di Luh Mahfuz akan jodohku.
       Laptopku segera dibuka.Tugasan harianku adalah menulis artikel tentang Addinku  di dalam blogku,pencinta Illahi.Segala tazkirah dan maklumat tentang Islam banyak ku dapati dari sahabat blogku.Dunia blog banyak membuatkan aku mengenal Islam dengan lebih mendalam.Di sini kita akan berkongsi ilmu tentang agama.Blog adalah salah satu medium dakwah.Inilah kepentingan teknologi untuk Islam.Namun ada juga yang menyalahgunakan laman blog untuk menghina,menyebarkan perkara yang aib dan macam- macam lagi.
     
           Antara blog yang paling aku suka adalah blog”Syabab Musafir”.Sungguh aku tertarik pada artikelnya tentang perasaan yang menghimpit dirinya,namun dia berusaha untuk memendamnya kerana bagi dia lelaki yang soleh hanyalah untuk perempuan yang solehah.Jadi dia harus menjadi lelaki yang soleh.Di dalam blog itu,dia menceritakan tentang wanita yang diminatinya.Ditakdirkan Allah,mereka berada di sebuah sekolah SBP AGAMA yang sama.Wanita itu muda setahun darinya.Dia menceritakan saat pertama kali dia bertembung dengan wanita itu ketika dia berada di tingkatan 5.Manakala wanita itu sedang berada di tingkatan 4.Dia tidak pernah melihat dan merasakan debaran apabila berhadapan dengan wanita.Pandangan pertama membuatkan dirinya untuk mengenali wanita itu dengan lebih mendalam.Namun dia hanya menggunakan sahabat karib wanita itu untuk mengetahui peribadi wanita itu.Sememangnya wanita itu diminati ramai akan kesolehahan wanita itu.Dia tersedar dari lena yang panjang,jika dia benar inginkan perempuan itu menjadi isterinya,dia harus menjadi seorang ynag soleh.Dia tidak melekakan dirinya dengan angan -angan yang panjang.Baginya,ilmu itu sangat penting untuk menhadapi kehidupan pada masa hadapan .Tambahan pula dia sedang berperang dengan peperiksaan yang terbesar dalam hidupnya ketika itu,SPM.
            Dia melakukan istikharah memohon petunjuk.Berkali-kali dia memohon kepada Allah kerana dia tidak inginkan nafsu yang merajai dirinya.Dengan izin Allah,dia bermimpi akan wanita itu.Semenjak itu dia mula melakukan perubahan pada dirinya.Dia tidak lagi merenung wanita itu seperti dahulu.Tatkal berhadapan dengan wanita itu dia pasti akn menundukkan pandangan.Jawatannya sebagai exco BADAR membuatkan dia perlu berjumpa wanita itu yang juga merupakan ahli BADAR.Dia pernah  terfikir untuk memberikan surat kepada wanita saat hari terakhir sesi persekolahan pada waktu itu.Dia teringat bahawa wanita itu pernah menulis di dalam blognya bahawa lelaki yang memberi surat hanyalah seorang yang pengecut dan sememangnya dia akn menolak mana lelaki yang memberinya surat..Namun surat itu masih disimpan dan jika benar wanita itu untuk dirinya dia akan memberi wanita itu membacanya.Sehingga sekarang,umurnya sudah menjejak 24 tahun dan sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan  di University of Manchester.Bila dia teringat akan wanita itu dia akn menaip akan perasaannya di dalam laptopnya dan menyimpannya dalam pendrive  dari saat pertama kali dia melihat wanita itu.Jelasnya lagi,dia sedang merisik wanita itu dan sudah berjumpa dengan ibu dan ayahnya dan sedang menanti jawapan dari si mawar berduri itu.
               Unik bukan?Indahnya cinta yang bersyariat.Sungguh beruntung wanita itu.Andailah semua Adam di muka bumi ini seperti Syabab Musafir,pasti tiada gelombang maksiat akan berlaku di muka bumi ini.Aku berusaha untuk menjadi mar`ah solehah.
                 Masa pantas berlalu,tahun ketiga pengajian memang memeritkan dengan  assignment yang bertimbun.Tiba-tiba aku merindukan adikku yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di university of Liverpool,UK, di dalamjurusan perubatan.Jarak yang jauh memisahkan kami demi mencari ilmuNYA.Manakala aku sedang  melanjutkan pengajian  di dalam jurusan bioteknologi  di Universiy Of Nashville,US.Berada di bumi asing semeamngnya menbuatkan aku menjadi lebih matang dan berdikari.Namun,Alhamdulillah,ikatan kasih saying di antara keluarga-keluarga Muslim Malaysia sangat rapat.Aku segera mencapai telefonku dan mendail nombor adikku.
 “Assalamuaalaikum,”
“Waalaikumussalam ukhti…ukhti…kaifa haluki?Ana uhibbuki  jiddan…”sambut adikku.
“Alhamdulillah,ana bikhoir..wa ana aidhon uhibbuki...kaifa haluki?”
“Alahamdulillah,ana aidhon…Limaza?rindu sangat kat adik ke?Kenapa kakak jarang online?Sibuk sangat ke?”Tanya adikku
“Biasalah.Dah tahun ketiga.Banyak kerja kena hantar.Sebab kan terlalu sibuk kakak jarang online.Adik pula macam mana?”
“Ok je.Tapi memang satu adat lah budak medic ni macam mana.Nak kena pecah otak mengahafal benda yang bagai.Tapi takpe,adik seronoklah.Kakak,walid pesan suruh baca email yang walid bagi.”
“Owh,nanti kakak call walidlah.Adik tak ada cerita yang boleh menghiburkan kakak ke?”
   Banyak cerita yang adikku sampaikan padaku.Antaranya,adikku bakal bertunang dengan seorang hafiz.Alhamdulillah,adikku juga sememangnya seorang hafizah.Benarlah firman Allah bahawasanya lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik.Hmm…..
Nombor ayahku ku dail….
“Assalamuaalaikum walid..Apa khabar?”
“Waalaikumussalam.Alhamdulillah sihat.Syifa apa khabar?Sihat?Study macam mana?Iman macam mana?”Tanya walidku.
“Alhamdulillah,setakat ini semuanya ok.Iman tu Allah je yang tahu.InsyaAllah moga2 sentiasa yazid.Apa yang walid hantar dekat Syifa?Syifa memang dah lama tak buka email.Walid cakap jelah.”
“Macam ni.2 minggu yang lalu walid call Syifa.Tapi Syifa tak angkat.Itulah yang walid hantar email.Ada orang datang merisik untuk Syifa.Nama dia Uwais Al Qarni.Walid dah hantar dah maklumat diri dia pada Syifa.Gambar pun walid sertakan sekali.Sekarang ni dia sedang menunggu keputusan Syifa.”terang walidku.
Ya Allah….Siapakah gerangan lelaki ini?
“Walid,biarlah Syifa fikirkan perkara ini dahulu.Bila Syifa dah jumpa petunjuk dariNYA,Syifa akan  bagitahu Walid.”
“Baiklah.Walid akan tunggu.Tapi janganlah terlalu lama sangat.Walid harap Syifa terimalah lelaki ini.Sungguh Walid menyenangi  akan akhlaknya.”
“Baiklah Walid.Syifa ada hal yang perlu dilakukan.Assalamuaalaikum.”
“Waalaikumussalam.”
    Ya Allah,tiada kata yang mampu terucap dari bibirku.Aku melangkah ke bilikku.Aku cuba menenagkan perasaanku.Siapakh lelaki yang telah mengambil hati ayahku sebelum mengambil hatiku?Sungguh aku yakin akan kebijakan pemuda ini.Pasti lelaki ini dididik dengan tarbiyah islamiyyah.InsyaAllah…
      Malam itu saat ku lakukan tahajudku,aku menunaikan solat istikharah dan aku mula merasakan ketenangan.
“Ya Allah..Andai benar dia tercipta untukku,maka dekatkanlah,namun jika dia bukanlah jodohku,maka tabahkan hatiku dengan ketentuanmu lantas hadirkanlah seorang mujahid yang ku rindui dan sering ku tunggu…Amin Ya Rabbal A`lamin”
                Aku mula yakin untuk menerima sang pemuda itu walau tidak pernah ku lihat rupa parasnya namun kerana agamanya aku pilih..Aku mengkhabarkannya pada ayahku.Ayahku begitu gembira akan keputusanku.Sememangnya aku sangat menyayangi ayahku.Dia sering melakukan yang terbaik buat diriku.Sungguh jasamu tidak mampu ku balas.Ayahku mengatakan bahawa pernikahan akan dilangsungkan pada bulan 9 pada 1 Syawal.Aku mula menghitung hari.Hanya  beberapa hari sahaja sebelum tiba tarikh itu.Walaupun aku masih belajar aku akan cuba menghadapinya.Aku membuka emailku da melihat segala email yang sudah lama tidak ku baca.Satu email ini menarik perhatianku…

Salam mawaddah wa rahmah ana hulurkan…..
Semoga anti di bawah lembahyung rahmatNYA.Di sini,ana ingin memberitahu anti akan perancangan yang ana harapkan anti terima.Memandangkan anti masih ada lagi setahun untuk menghabiskan pengajian,jadi ana sudah memohon pekerjaan di sana dan sudah diterima.Ana sudah menyewa sebuah rumah di Nashville.Ana akan bekerja di situ selama 2 tahun.Disebabkan itu,ana terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan kita.Syukron  kerana sanggup menerima diri ana yang serba kekurangan ini.InsyaAllah….Semoga bertemu di hari itu….
Wassalam…..
Uwais Al Qarni…
  Email itu meyakinkan lagi kepada diriku bahawa lelaki ini sememangnya seorang yang sangat menjaga batasan dengan ajnabi.InsyaAllah.Aku menelefon ayahku untuk mngatakan padanya bahawa aku setuju andai itu keputusannya kerana dia adalah bakal pemimpinku.
    
   Masa mencemburuiku dan tanpa ku sedari saat itu semakin hampir denganku.Aku cuba untuk menolong namun makcik- makcik  saudaraku  tidak memberinya.Aku merasa sangat gelisah jika berada di kamar peraduanku.
“Salam…Syifa………We`re here…..”Kata sahabatku..
Ya Allah,rindunya dekat kawan kawanku ini..Walaupun terpisah jauh.Kami berenam tetap bersama kerana Addin yg syumul ini.Zuhairah,Amalina,Syura,Amirah dan Nabilah.Semua tercampak ke tempat lain dalam jurusan yang berbeza-beza.
Huhuh…
“Syifa…..Rindunya dekat kau.Kau dah ready nk pikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar ni?”Tanya zuhairah..
“InsyaAllah..Aku harap aku mampu jadi yang terbaik buat dirinya…”kataku
“Dah tu,kalau kau kahwin dengan dia,kau dengan dia tak ddudk sama2 ke?”Tanya Syura.
“Dia dh sewa rumah kat sana.Dia duduk kat Nashville.Dia kerja kat situ selama 2 tahun.”
“Tak sangka kau nak kahwin dah kan.hmm.”Kata nabilah pula.
“Siapa nama suami kau?Korang berdua pernah jumpa tak?”
“Nama dia Uwais Al Qarni.Kiami berdua tak pernah jumpa lagi.Nak jumpa esok.InsyaAllah
“Ohhh..Bagusnya….”

                Saat itu hadir jua.Aku mula merasakan kegelisahan yang berpanjangan..Teringat saat ibuku masuk ke bilikku malam semalam.
“Syifa,nak jadi isteri ni satu amanah yang sangat besar.Banyak perempuan yang masuk neraka kerana menderhakai suami.Ingatlah.Gapailah isteri solehah.Sekarang ni Syifa kena jadi pendamping yang terbaik buat dia sang suami.Syifa patut bersyukur kerana Allah kurniakan seorang lelaki yang soleh..InsyaAllah..Binalah bait al muslim untuk kegemilangan islam..”pesan ibuku…
      Aku tersedar dari lamunan tatkala lafaz akad itu meluncur laju.Ya Allah,aku memikul tanggungjawab yang besar sekarang ini.Seusai doa,dia melakukan solat sunat.Aku merasakan debaran  jantungku makin laju.Dia pasti akan datang untuk upacara pembatalan air sembahyang.Wajahnya yang tak pernah ku lihat membuatkan aku tertanya tanya.Bagaimanakah  rupa parasnya?Biarlah.Hanya agama yang ku pilih…
      Dia datang menghadapku.Aku memberanikan mataku untuk memandangnya.Namun tidak mampu ku merenung terlalu lama.
“Salam..inilah bidadari yang ingin ku jemput ke syurga.insyaAllah……Terimalah abang seadanya….”kata-kata itu meluncur dari mulutnya.Aku tersenyum padanya.Tiada kata yang mampu kuucap.Hanya air mata yang mengalir deras tanpa henti.
Kami diarak dari masjid hingga ke rumah dengan paluan kompang.Majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana sahaja.Namun terpamer kemeriahannya.Ramai tetamu yang hadir.Aku dan suamiku tidak cukup tangan untuk melayan tetamu-tetamu.
      Aku solat isya` berjemaah bersamanya.Alunan suaranya benar memukau hatiku.Ya Allah,Alhamdulillah,ku panjatkan syukur buatmu….Seusai solat,kami mulakan taaruf di malam pertama kami.Alangkah terkejutnya aku tatkala aku mengetahui bahawa dia mengenaliku dari blogku.Lalu dia cuba untuk meyelidik tentang diriku.Dia benar-benar jatuh cinta  pada satu post yg aku coretkan di dalam blogku..

Hatiku ini………………..
Duhai hati..
Mengapakah engkau begitu jauh dan lalai?
Mengapa perlu kau ingati lelaki yang tidak sepatutnya kau ingati,
Mengapa harus kau hancurkan hatimu hanya kerana dia,
Insan yang tidak patut kau kenal,
Tidakkah kau akan rasa jauh dari Rabb
Tatkala kau mengingati dirinya….
Hati…….
Jauhilah engkau dari mengikuti hawa nafsu…
Tekadkanlah hati menggapai gelaran..
Mara`h solehah,Mujahidah islam,
Yang hatinya hanyalah khas buat pencipta….

Inilah dinamakn cinta dalam islam……Semoga semua insan mengerti akan indahnya cinta ini andai dijaga.Malam itu ku lalui bersamanya dengan penuh kegembiraan yang berpanjangan..InsyaAllah..

1 comment:

  1. salam..
    alhamduliilah..
    dh siap dh..
    hmm....
    ana insan biasa..
    andai tersalah tegurlah ana.....

    ReplyDelete