Popular Posts

Saturday, November 19, 2011

Surat dari HAWA....


Ramai orang mengatakan tentang definisi cinta.Tapi hakikatnya semua tidak menyedari hakikat cinta yang sebenarnya.Mungkin golongan remaja terutamanya sudah terjebak dengan cinta duniawi ini.Sejujurnya,ana juga pernah mengalami perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun,adakah cinta yang kita berikan kepada manusia itu adalah sebenar-benar cinta sejati.Memang pada awalnya, semua kata pujangga dikeluarkan tanpa sedikit pun perasaan malu.Namun di akhirnya,segala ayat-ayat dan kata-kata maki hamun pula yang dikeluarkan tanpa menghiraukan orang lain.Memang ada yang bercouple dari sekolah sehinggalah ke jinjang pelamin,tapi,lama-lama kita akan merasai betapa bosannya perhubungan ini kerana kita sudah mengetahui segala-galanya tentang dia dan lama-lama mulalah pergaduhan dan ending dengan penceraian.MasyaAllah,jika kita melihat pada zaman ini terlalau ramai pasangan suami isteri yang bercerai.Tak kiralah artis ke,orang biasa ke,malah penceramah agama pun ada yang bercerai.Biarkanlah.Mungkin perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi.Namun,adakah kau sedar wahai adam,perempuan tidak ditahan diuji.Lihat sahajalah tentang Hawa yang memujuk Nabi Adam untuk makan buah di pohon Khuldi itu.Betapa lemahnyalah Hawa ni.Sejujurnyalah,Hawa ini banyak nafsunya dari akal.Tidak seperti Kaum adam yang memiliki satu sahaja nafsu iaitu perempuan.Itulah kelebihan kaum adam dan ALLAH telah berfirman dan ana lupa mafhum yang sepenuhnya.Namun yang ana faham bahawa ALLAH S.W.T telah menaikkan satu darjat bagi lelaki dari perempuan.Jadi,di sini,sememangnya kita sudah dapat membuat kesimpulan bahawa hanya adamlah yang boleh menjadi pemimpin bagi hawa.Begitu besarnyalah tanggungjawab lelaki.Walauapapun,ramai lagikah lelaki yang dapat membimbing seorang wanita untuk menjadi wanita mu`minah atau wanita kafiriyah.Ramai perempuan sekarang hanyut dalam pelukan cinta lelaki yang tidak bertanggungjawab.Ana berpendirian bahawa lelakilah yang boleh membuatkan seseorang perempuan itu dalam fitnah.Sejujurnya,ana juga mengalaminya dan ana juga yakin bahawa anta juga tahu tentang hal itu.Maafkanlah andai kerana ana,anta pernah menjadi bahan ejekan,kerana itu,ana mahu segala-galanya dirahsiakan.Namun,mungkin anta tidak tahu bahawa ana pernah menghadapi suatu fitnah yang paling terbesar dalam hidup ana sehinggakan ibu ana bersangka yang sangat buruk terhadap ana.Sehingga sekarang ,masih tersisa lagi hal itu dalam keluarga ana dan ana tak akan maafkan lelaki itu yang juga sahabat karib anta yang tidak faham bahasa itu.Mengapa anta tidak memberi bimbingan kepada  sahabat karib anta sendiri?Mengapa hanya kerana ana,Harith sanggup membohongi sahabat ana dan mengatakan beliau adalah tunang ana.Ana sedih sendirian,ditambah dengan kekusutan kepala yang bermacam-macam masalah yang hinggap di kepala dan ana hanya mengadukan hal ini hanya kepada ALLAH S.W.T.Namun,ana tetap memaafkan beliau kerana ana tahu pasti ada hikmah di sebaliknya.Biarlah apa yag dikata orang kerana mulut orang kita tak boleh tutup.Lagipun,sahabat karib ana pernah berpesan"sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah"Pesanan ini ana kirimkan kepada anta kerana anta sudah banyak menolong ana dalam mengenal agama dengan lebih mendalam.Ana teringat pesanan anta dalam satu kiriman e-mail"walauapapun orang lain memandang dan mengatakan tentang kita,jika kita melakukan perkara yang benar,hiraukan sahaja kata-kata nista dari mereka semua"Ana memahami niat anta yang tersirat dalam hati itu.Namun,kita hanya merancang dan hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang menentukan itu semua.Ana hanya menyerahkan segalanya dengan takdir.Jika benar anta tercipta untuk ana,insyaALLAH takkan ke mana.Doakan sahaja..Semoga kita akhirnya bertemu cinta yang sebenarnya.Ana ada satu kiriman puisi dari ana untuk anta..........


             JIKA BENAR CINTA


Jika benar cinta,
Datangilah ia dengan cara yang HALAL,
Jika benar perasaan itu datang,
Iringilah ia di jalan KEREDHAAN,
Ini cuma jalanan TITIAN KEHIDUPAN,
Jangan sesekali dicemar,
Perasaan itu SUCI,FITRAH dan
Mampu membawa ke JALAN KEREDHAAN,
Kasih sayang adalah bukti kekuasaan ALLAH,
Dilampirkan KASIH SAYANG agar dapat SINGGAH DI HATI INI,
Kasih sayang adalah TURUNAN ASMA ALLAH,
Jika tidak ingin MENANGGUNG RISIKO,
JANGANLAH DIMULAKAN,
JANGANLAH MEMANISKAN MULUT,
DENGAN 1000 JANJI MANIS,
Kerana wanita itu SENSITIVE,HATINYA HALUS DAN LEMAH,
Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin,
Janganlah DICEMARI WANITA MU`MINAH,
Sekalipun dia bertudung litup,
Cuba seteguh mungkin menjaga diri,
Dalam kancah pergaulan,
Dia tetap PEREMPUAN,
Perempuan yang mempunyai hati,
Berhak untuk SAYANG dan MENYAYANGI,
Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mu`minah,
Untuk menentang FITRAHNYA yang sudah mula melampirkan kenyataan,
                                           
Wahai para MU`MIN,
Jangan dicemari mereka,
Jangan meletak janji yang tidak ingin pasti,
Jangan menabur harapan  jika lemah untuk menghadapi,
Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia,
Menanti bertahun-tahun lamanya..............

P/S:ANA juga sedar akan kekhilafan ana.Segala kesalahan ana harap anta dapat maafkan.Ana hanyalah insan biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan ana mengaku yang ana dah serik dengan insan bernama lelaki,ana berharap agar anta tidak mendesak ana.Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu apa yang tersurat di dalam hati ana...Ana bukan mendambakan lelaki yang terlalu baik kerana ana sedar betapa ana ini terlalu banyak khilaf.Jika benar suka,pendamkanlah perasaan itu agar kita dapat bertemu di syurga firdausi..INSYAALLAH....Tetapi,renungilah setiap bait kata yang ana katakan.Mungkin ada benarnya dan juga salahnya.Walauapapun kita tetap saudara seagama islam.Sebagai sahabat,saya berterima kasih atas kebaikan yang anta lakukan.Ana sangat menghargainya..Semoga kita bertemu lagi di lain hari,lain waktu mungkin dalam situasi yang lain....Assalamuaalaikum warahmatullah....

1 comment:

  1. Ayat inilah yang telah ku hantarkan kepadanya..insan yang pernah mengetuk pintuk hatiku.....lantas krn cinta kpd Allah yg utama,hapuskanlah cinta pada manusia....Dia lebih berhak untuuk dicintai....

    ReplyDelete