Popular Posts

Friday, December 9, 2011

Mujahid Islam yang ku nantikan



                                               To:mujahidislam@yahoo.com
                                               From:mawaddatulsyifa@ymail.com
                                               Subject:Luahan unntukmu duhai ADAM..


  Kepada diri yang jauh di fikiran,maafkan aku pintaku terdahulu kerana mencuri waktumu.Hawa bukanlah yang terbaik untuk ADAM,kerana Hawa hanyalah terbaik untuk yang telah tercatat  di LUH MAHFUZ.Tiada siapa yang mampu meramal masa depan.Manusia hanya merancang,hanya Tuhan yang menentukan segalanya.Takdir yang tertulis,pasti ada hikmahNYA.Hawa tidak mampu untuk menjadi wanita solehah.Sekurang-kurangnya,Hawa punyai usaha ke arah itu.Dan Hawa tahu Ya Rabbul Izzati sentiasa mendengar luahan hati hambaNYA.Hawa cuma mengharapkan seseorang lelaki yang juga ke arah itu.Bukan lelaki yang sebaik Nabi Muhammad S.A.W. kerana ku tahu siapa Hawa ini.Hawa yakin..."LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK".Hawa mengharpkan lelaki yang bisa membimbing Hawa menuju ke FIRDAUSI.Yang sentiasa mahu mengembangkan dakwah ISLAM.Hawa mengimpikan untuk menjadi sebaik-baik PERHIASAN DUNIA,WANITA SOLEHAH.Kerana wanita solehah itu adalah lebih baik daripada bidadari  syurga yang telah ALLAH janjikan.Semoga apa yang ku harapkan menjadi kenyataan.Namun,Adam...maafkanlah..sudahlah..hentikanlah dari mengganggu kehidupan Hawa.Hawa perlukan kehidupan yang bahagia sebagai remaja bersama-sama sahabat sejantina Hawa.Adam,janganlah kau turuti hawa nafsumu itu.Jiwa Hawa sangat lemah,sekali dirayu,Hawa terlonglai di bawah bicara asmara kata-kata pujanggamu duhai Adam.Adam..bukan nota cinta yang ku damba,namun,nota-nota dakwah islamiah agar bangkit Agama Islam ini.Aku inginkan pemuda seperti SULTAN MAHMUD AL-FATEH.Adam,jadilah pembuka fitrah Islam pada era yang sedang maju ini yang juga penuh  dengan pancaroba duniawi.Hawa mengharapkan Adam memahami luahan hati ini.Rendahkanlah sedikit egomu yang tinggi itu.Tidak banyak yang ku pinta.Hanya secebis keprihatinanmu terhadap Hawa.Hawa sentiasa lemah dalam melawan nafsuku.Kerana itulah,perlunya Adam untuk meluruskan Hawa kerana Hawa terjadi daripada tulug rusuk Adam yang bengkok.Terlalu banyak yang ku luahkan.Terlalu banyak rungutan Hawa pada lelaki.Namun  100% kesalahan bukan ku sandarkan untukmu duhai ADAM.Mungkin ada kekhilafan Hawa tanpa disedari.Namun Hawa ingin mengatakan padamu Adam,Hawa manusia yang hina dan Hawa mengharapkan ynag terbaik untuk Hawa.Persis Adam yang tidak mampu hidup tanpa Hawa,ibarat Zulaikha dan Yusuf.Hawa sedar akan kewujudanmu Adam.Tapi Hawa tak ingin bertemu.Biarlah harapan yang kusandarkan hanyalah keyakinanku terhadap AGAMAMU DAN KEPRIBADIANMU YANG INDAH.Hawa mengharapkan ADAM yang bisa mendidik.Bukan cinta atau couple yang ku mahu.Maafkanlah,jika Hawa terlalu menyalahi Adam.Namun,di sebalik ketenangan yang Hawa lampirkan,terbit sekelumit perasaan yang resah dan gelisah apabila terima ayat-ayat cinta darimu Adam.Hawa takut sekali jika Adam melafazkan bahawa diriku ini sering Adam ingat.Cukuplah Adam.Berhentilah dari mengejar diri ini.Bukan ini yang Hawa harapkan.Hawa mendambakan segarnya TELAGA KAUTHAR di syurga,bukannya pedih BUAH ZAQUM di neraka.Adam..pemilik hatiku ini hanya ALLAH S.W.T.Jiwa Hawa terlalu hina untuk penciptaku,namun,aku cuba membersihkan jiwa ini dengan bait-bait ZIKRULLAH.Ingin sekali Hawa lupakan seseorang Adam yang telah membuatkan jiwa Hawa hanyut dalam gelombang nafsu duniawi.Hawa ingin dibimbing oleh seorang lelaki yang sering meningati YA RABB.Jika Hawa boleh melupakan,kenapa tidak bagi ADAM???????Rendahkanlah nafsumu dengan berpuasa.InsyaALLAH..Sesungguhnya jika kita  meninggal pada waktu kita sedang menantikan seseorang itu,dikira syahid di jalan ALLAH.Mungkin di AKHIRAT nanti,kita akan berjumpa juga.   Doa yang sering meniti di bibirku satu yang ku pohon,

    "Ya ALLAH,jika aku jatuh cinta,biarlah cinta ini kudus terpelihara buat insan yang mencintaiMU,agar bertambah kekuatan untuk aku mencintaiMU.Jika aku jatuh hati,biarlah dengan insan yang sentiasa menghidupkan malamnya dengan bermunajat kepadaMU.Jika Kau mentakdirkan rindu,campakkanlah rindu ini ke hati orang yang merindui SYAHID DI JALANMU,agar aku dapat menikmati haruman BUNGA SYUHADA.Sesungguhnya hatiku,diriku,cintaku hanyalah milikMU YA ALLAH,tiada yang lebih layak.Biarlah hubungan yang tercipta kerana cinta kepadaMU,agar sentiasa dipayungi RAHMATMU....Amin Ya Rabbal A`lamin....."

p/s:Andai benar perasaanmu itu,bersabarlah duhai ADAM,kerana ALLAH tahu apa yang ada di hati hambaNYA.Doa adalah langkah yang terbaik.Jika sudah sampai waktu,datanglah berjumpa ibu ayah....ITULAH CINTA DALAM ISLAM..agar ianya terkudus dan dipelihara daripada bisikan syaitan yang direjam..Bangunlah dari lenamu yang panjang itu ADAM....Hawa akan menanti kedatanganmu andai benar ADAM menginginkanku..Bukan couple yang ku damba...Sekian terima kasih..Maafkanlah Hawa yang hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.Anggaplah..Hawa sudah tidak wujud lagi buat seketika.Bila sampai waktunya..akan datang jua.....

             Andai benar.....PIMPINLAH DIRIKU....


                                 3.49 P.M.                     Selangor Darul Ehsan...

Renungan bersama...


                   To:mujahidislam@yahoo.com
                   From:mawaddatulsyifa@ymail.com
                   Subject:Mengapa??????



Mengapa??Satu persoalan yang sangat bagus..Kenapa tiada balasan cinta dari Hawa untuk Adam.Jawapannya ada pada diri Adam sebenarnya..Adam..apalah gunanya kita belajar di sekolah agama..Takkan kita nak malukan nama sekolah kita..Jagalah imej sekolah kita.Banyak yang kita perolehi dari sekolah kita kan..Semestinyalah kerana Hawa sudah ada pilihan yang tetap unuk diri Hawa..Bukan pilihan hati..Tapi..pilihan untuk jihad FISABILILLAH...Hawa sedar Hawa hanyalah manusia biasa dan Hawa ada nafsu,ini tidak bermakna Hawa mematikan nafsu untuk bercinta..Tapi.Cinta pada waktu ini hanya dengan kaum keluarga,sahabat-sahabat,saudara seislam dan bukan untuk golongan Adam.Hawa ingin menjaga kehormatan diri ini agar ianya khas untuk sang suami Hawa yang bakal mengemudikan bahtera untuk Hawa.Hawa tak nak bagi cinta dan hati ini kepada mana-mana lelaki kecuali insan yang bergelar suami suatu hari nanti.Cuba Adam fikirkan,renungkan dan amati ayat Hawa ini.ANDAI KITA SUDAH BERCOUPLE,LAYAKKAH KITA UNTUK ORANG YANG TAK PERNAH BERCOUPLE???MENGAPA???KERANA ALLAH S.W.T. ADA MENJANJIKAN DALAM SURAH AN-NUR YANG MENGATAKAN PEZINA LELAKI HANYA UNTUK PEZINA PEREMPUAN DAN PEZINA PEREMPUAN HANYA UNTUK PEZINA LELAKI.JADI..LELAKI YANG PERNAH BERCOUPLE HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG PERNAH BERCOUPLE JUGA.Hawa tak nak couple sebab Hawa sentiasa memikirkan rasa kesian kepada  bakal suami Hawa.Kita sudah memberikan cinta kita kepada lelaki yang tak sepatutnya.Adam...jawapannya banyak di dalam AL-QURAN KALAM ALLAH S.W.T.Yakinlah,Adam masih ada peluang lagi untuk bertaubat,InsyaALLAH..ALLAH itu MAHA MENDENGAR... Kadangkala kita tidak sedar kerana ALLAH telah meletakkan sifat AL-WAHN kepada kita.Sifat yang kita terlalu cintakan dunia dan bencikan akhirat.MasyaALLAH..Hawa akan cuba bangkitkan seramai mana yang Hawa mampu.Biarlah orang kata apa...Asalkan kita yakin bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita...Adam..lenturkanlah hatimu dan berikanlah cintamu itu kepada orang yang sepatutnya..Lupakanlah diri Hawa..Hawa pernah khilaf juga dalam perhubungan cinta duniawi,tapi,ALLAH sayangkan Hawa.DIA tunjukkan kebenarannya dan kesan yang buruk kepada diri jika kita bercouple..ALLAH adalah cinta yang sebenar.Setiap ujian dari NYA menunjukkan rasa cintaNYA kepada kita.Kita jangan meragui kekuasaan ALLAH.Semenjak dari mula Hawa yakin ada cinta dariNYA YANG MAHA ESA..Jalan yang berliku-liku adalah suatu cabaran untuk menuju ke FIRDAUSI.Pandanglah langit dan ciptaanNYA.Kita akan temui jawapannya..Yakinlah...Tidak sia-sia Adam diuji..Ada hikmah yang pasti.Cinta itu memungkinkan segalanya.Cinta suci dan abadi.Maaf kerana telah menyakiti dan kecewakan dirimu Adam..Mungkin Adam menganggap Hawa telah mengecilkan dirimu..Tapi ini ku lakukan demi cinta yang harus kita kejar...Jika ini memang yang terbaik untuk Hawa dan Adam..Hawa terima ini semua..Jujur..aku tak kuasa..saat terakhir Hawa katakan..Namun ini pasti terjadi..Adam tak akan perolehi cinta Hawa andai benar Adam tidak memilih jalan kebenaran..Hawa memilih untuk takut kepada ALLAH...Ku pasrah dengan segala ketentuanNYA..


                       4.04 P.M.          Selangor darul ehsan